- kepercayaan kepada tuhan-keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.
- amanah-sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan keyakinan dan kepercayaan orang lain
- harga diri-keupayann dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan
- bertanggungjawab-kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas dan kewajipan dengan sempurna.
- hemah tinggi-beradab sopan dan berbudi pekerti dalam pergaulan seharian.
- toleransi-kesanggupan bertolak ansur ,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
- berdikari-kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
- kerajinan-usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
- kasih sayang-kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
- keadilan-tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
- rasional-boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
- kesederhanaan-bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan dan perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan dri dan orang lain.
- kasih sayang terhap keluarga-perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan kepada keluarga.
- hormat dan taat kepada anggota kelurga-memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.
- mengekalkan tradisi kekeluargaan-menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, dat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
- tanggungjawab terhadap keluarga-kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
- menyayangi dan menghargai alam sekitar-kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem
- keharmonian antara manusia dengan alam sekitar-keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
- kemampanan alam sekitar-pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggunggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.
- peka terhadap isu-isu alam sekitar-prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam seliling dan berusaha menyelesaikannya.
- cinta akan negara-perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepantingan negara melebihan kepentingan diri.
- taat setia kepada raja dan negara-kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.
- sanggup berkorban untuk negara-kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian kepada negara.
- melindungi hak kanak-kanak-membela,memberi naugan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.
- menghormati hak wanita-melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
- melindungi hak pekerja-menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.
- menghormati hak golongan kurang berupaya-memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.
- melindungi hak pengguna-membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu,mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
- mematuhi peraturan dan undang-undang-menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan dimana seseorang itu berada.
- kebebasan bersuara-kebebasan berucapd an mengeluarkan fikiran dengan batas tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.
- kebebasan beragama-kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan malaysia.
- penglibatan diri dalam pembangunan negara-kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan , undang-undang dan perlembagaan malaysia.
- sikap keterbukaan-bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat malaysia.
- hidup bersama secara aman-hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya
- saling membantu dan bekerjasama-usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama-sama pada peringkat individu,komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
- saling menghormati antara negara-menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.
nilai moral
May 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment